Mohd Rafie Abdul Latiff, 27, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.
“Saya tiada harapan apa-apa, apa yang saya mahukan orang yang lakukan perkara ini kepada saya ditahan dan dikenakan tindakan yang berat....
...Mohd Rafie yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada dalam keretanya di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.Semasa insiden itu, dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.
“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.
“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.
Dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, Mohd Rafie berkata, dia kemungkinan akan membuat pembedahan kulit sekiranya perlu.
Dia juga mahu kembali normal seperti sebelum kejadian malang itu.
“Sudah tentu saya mahu kembali normal seperti dulu, muka macam dulu, dapat kerja macam dulu.
“Kalau perlu saya mungkin akan buat pembedahan tapi tengok keadaanlah,” katanya.
Full story at http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mangsa-harapan-saya-orang-simbah-asid-dikenakan-hukuman-berat/*takut la, kenapa la orang tu jahat sangat!*
Yeap! Those attackers are crazy. And now got a copycat in KK also attacking people with acid.
ReplyDeleteReally? In KK? Ohh dear..
ReplyDelete