December 27, 2013

Beli ikan di pasar vs supermaket

Saya sebenarnya lebih gemar membeli ikan di pasar basah mahupun di pasar malam berbanding dengan supermarket. Sebab pada pandangan saya ikan-ikan di situ nampak fresh.  Tapi lately saya macam selalu kena 'tipu' oleh peniaga di pasar-pasar ni.

Contohnya petang tadi saya pergi ke pasar MJC,  saya ambil 1 ekor ikan yang harganya Rm16 sekilo.  Masa timbang saya tengok tak sampai 500g pun ikan tu, so agak-agak tak lebih daripada Rm8 la tu dalam hati.

Saya pun tambah lagi dengan 2 ekor ikan bawal kecil, lepas timbang pakcik ikan tu boleh tambah pulak 1 ekor untuk jadikan Rm10 kata nya, saya pun pasrah jer la.

Dah tu lepas letak dalam plastic semua dia cakap total Rm22.  Hehhh.. Ingat aku ni fail matematik ke?!!

Pasrah lagi, bayar jer la, malas nak buat drama dalam hujan renyai-renyai.  Tapi yang pasti saya tak kan beli ikan daripada pakcik tu lagi.  Kalau rajin memang tiap-tiap minggu nak beli ikan di Kpg Goebilt, baru la berbaloi-baloi.

Ni dia ikan-ikan nya.

Oh ya, orang cakap petua nak hilangkan hanyir ikan, rendam lah dalam air bilasan beras.  Kalau ingat saya buat gak, tapi jarang-jarang la.

3 comments:

  1. Dishonest trader. I dont like too.

    But fishes now very expensive. Monsoon now

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup expensive. What to do, cannot have too much red meat also.

      Really appreciate those fishermen risking their life in this kind of weather now.

      Delete
  2. Sometimes memang susah nak bising. The best way is to stop going there.

    ReplyDelete