Seronok pula bila dapat tau yang Jabatan Imigresen buka half day pada hari Sabtu dan Ahad, tak payah la nak apply cuti untuk renew passport kan..
So sabtu lepas kami pun siap-siap untuk ke immegresen, masa tu dah kol 9.30am. Hubby try call office Imigresen, mana la tau number giliran dah habis ke kan..
Ringing tapi tiada jawapan, hmm mungkin diorang busy sangat kot. Takpe, kami pergi je la.
Sampai kat office immegresen ada makcik staff imigresen duduk kat depan pintu..
Staff: Eh, nak buat passport? Kami tutup hari ni, ada kursus.
Me: Tutup? Esok buka tak?
Staff: Esok pun tak buka.
Me: Sabtu minggu depan buka tak?
Staff: Sabtu depan pun tak sure lagi, you call dulu la hari jumaat tu.
Apa?! Kursus pun kena tutup counter ke? Apa la salah nyer at least ada orang jawap call ke tadi, takde la menyusahkan orang nak kena datang.
Cubaan ke-2
Lepas ambil Eugene dari sekolah, kami terus ke Imigresen, sampai sana dalam pukul 12.40pm, tapi malang nyer nombor untuk sessi pagi sudah habis. Kena tunggu counter petang buka pukul 2pm.
Kami isi perut dulu kat kafe di tingkat bawah.
Pukul 1.20pm kami naik lagi, 1.35pm orang dah start beratur, kamu pun q gak orang yang ke-3.
Pukul 1.55pm counter number start buka. Rupanya sekarang kalau renew dah tak payah nak isi borang lagi, ada improvement.
Tengok tu, Eugene sampai tertido kepenatan.
Dalam pukul 3 lebih passport kami dah siap.
Yeay, gumbira nyer.