

NAIM



Sejarah DUN Sarawak, yang dikenali sebagai Majlis Umum hingga 1903, bermula di Bintulu apabila mesyuarat sulungnya berlangsung pada 8 Sept, 1867 di sebuah bangunan kayu yang sudah usang.
Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar berkata Bintulu merupakan wilayah terakhir yang diambil oleh kesultanan Brunei, manakala daerah Kuching yang ada sekarang, dikenali sebagai Sarawak ketika itu.
Sejak itu, venue persidangan DUN Sarawak berubah tempat sebanyak tujuh kali, termasuk ke bangunan baru-nya sekarang, yang tersergam megah di sebuah bukit di tebing Sungai Sarawak.
source TheBorneoPost