November 8, 2013

Buku teks pinjaman yang hilang

Apa yang berlaku sekiranya anak anda kehilangan buku teks yang dipinjam dari sekolah?

Memandang ini ialah tahun pertama Eugene meminjam buku, maka kami sebagai ibu bapa pun agak blur dalam menangani perkara-perkara seperti ini.

Kami ni bukan lah jenis yang suka berjumpa dan berborak dengan guru kelas.  Kami cuma akan berjumpa pada hari perjumpaan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Kami tahu bedan cikgu sekarang dah semakin besar (tahu dari social media pun).  So kami pun tak nak la asyik nak gi jumpa cikgu-cikgu.

Tapi kadang-kadang saya rasakan yang sistem penyampaian maklumat dari pihak sekolah kepada ibupada kadang-kadang macam siaran tergendala.

Contohnya, anak saya dah hantar balik buku teks minggu lepas, ada 1 buku dah hilang.  Anak bagitau yang cikgu suruh ganti.  So kita assume ada surat suruh bayar gantirugi akan menyusul.

Pastu Jumaat ni tadi, ada budak yang dah dapat buku teks.  Tanya kat anak, dia cakap dia tak ada sebab tak ganti buku, dia tunjuk surat dari cikgu.

Ni surat dia.

Tak tau la ibubapa lain akan buat macammana, tapi bagi saya, saya terus jumpa cikgu kelas dengan tujuan nak bayar Rm5.80 tu.

Cikgu: Saya tak nak duit, saya nak buku ganti.
Me: Nak ganti?  Nak beli kat mana? (Mana la tau ada kat koperasi sekolah ada)
Cikgu: Kena cari la kat kedai-kedai buku.
Me: oooo (itu je la mampu saya cakap)

Minggu depan dah minggu terakhir sessi persekolahan.  Kena cepat cari buku ni.

Kita pergi ke 3 buah kedai buku di 3 buah shopping centre yang berlainan, nasib baik dapat jumpa kat kedai buku yang ketiga tu.

Perkara diatas dapat dipermudahkan sekiranya:
- Maklumat jelas bahawa buku yang hilang mesti diganti dengan buku.
- Buku teks tidak dijual di sekolah.
Maklumat tersebut boleh diletak kat papan kenyataan sekolah je pun.

Lagi elok sekiranya Koperasi sekolah ada menjual buku teks; tinggi sangat kot angan-angan saya ni.

Macammana dengan sekolah di luar bandar?  Bukan senang nak cari kedai buku di pekan-pekan kecil. Hmmm..

Ini cuma ruahan serta pesanan dan peringatan kepada diri saya sendiri.  Tahun depan kalau buku anak hilang, cepat-cepat la gi beli.  Jangan tunggu sampai hujung tahun, takut nanti stock di pamasaran dah habis.

*nota kaki, zaman tu takda Shopee lagi, ataupun saya yang belum berbeli online lagi.

6 comments:

Rose world said...

oh. sorry to hear this.

My girl already passed back all textbooks on Wednesday. No missing books.

Ezvina said...

Good for you. My son is careless, sometimes he lost his pencil, bottle, etc.

Mummy Gwen said...

I'm very kiasu, I check my girl's bag everyday even stationaries.

She has been missing her colour pencils and other stationaries...friends took and never return.

So much trouble you went through...

ez vina said...

Same like my son, always misplace his things. Have to teach him to be more responsible.

Anonymous said...

* Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
* Pembayaran balik bulanan bermula dalam tempoh 8 bulan selepas anda telah mengumpul pinjaman dalam akaun bank anda.
* Kadar faedah yang rendah 2%
* Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) tempoh.
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
* Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24 jam, dan ***.
*** Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan.
dari awak
 
Hubungi kami sekarang
E-mel: trustloan87@gmail.com

 
BEST REGARD,
Mr.Anthony Dave.
Trust Loan Company
Email trustloan87@gmail.com

Unknown said...

* Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
* Pembayaran balik bulanan bermula dalam tempoh 8 bulan selepas anda telah mengumpul pinjaman dalam akaun bank anda.
* Kadar faedah yang rendah 2%
* Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) tempoh.
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
* Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24 jam, dan ***.
*** Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan.
dari awak
 
Hubungi kami sekarang
E-mel: fastcashfirm@gmail.com

 
BERHUBUNG TERBAIK,
Mr.Anthony Smith.
Fast Cash Syarikat
e-mel fastcashfirm@gmail.com