January 23, 2017

NK Grilled Kitchen, Batu Kawa

Petang ahad, tengah rehat-rehat malas di rumah, tekak tiba-tiba terasa nak makan pasta pulak.

Baring-baring sambil google tempat western food yang buka dan tak jauh dari rumah.  Terjumpa NK Grilled Kitchen; dekat je pun, tak salah pergi try.

Kami pun gerak, sampai situ dalam pukul 5.20pm, takde customer lain lagi masa tu.  Lepas order, kami pun duduk, tangkap-tangkap gambar, cantik gak restaurant ni.

  
 

Dalam 40 minutes makanan kami pun sampai, lama gak la.
Grilled Supreme Chicken, RM20, ingatkan besar, tadi masa google nampak besar.  Anak-anak cakap sedap, cuma mushroom sauce nyer diorang tak suka sangat.

Next Pasta Oglio Olio, RM22.  Pasta nyer macam over-cooked, dah putus jadi pendek-pendek macam mee kuning la pulak.  Tastewise, rasa macam mee mamak pun ada gak.

Kami minum ni je, mineral water RM3, 100+ RM4

2 comments:

Rose World said...

I havent bern there but judging from your review, the food and service is so-so. Hope they improve. 40 minutes of waiting is too long as no other customers.

Sharon D said...

Haa...40 minutes?! ;P Memang patientlah you.
The ambiance is nice.