Nampak simple kan? Dalam pinggan ini ada telur mata kerbau, 1 keping cheese, kuah kacang dhal, dan 3 keping roti bantal. 3 engkau, 3! All for RM4.50.
Sebab dah beberapa kali makan, memang saya tau saya tak dapat habiskan 3 keping roti tu, so hari ni, saya cakap kat makcik tu..
Me: Kamek mauk Roti Katip Cheese sigek, roti nya letak 2 jak auk, banyak gilak 3 keping, sik habis mek makan. Sambal pun iboh juak.
Makcik: Sik dapat, roti ya kamek orang dah hitung cukup-cukup jak.
Me: Sik boh jak ungkah. Bukan kamek mintak extra.
Makcik: Sik dapat, kelak tinggal 1 jak, ganjil sia.
Me: hmm auklah.
Bila makanan datang, memang ada 3 keping roti dengan sambal sekali. Confirm la saya keluarkan 1 keping roti letak tepi, sebab sayang kan kuah tu, nanti diserap dalam roti extra tu pulak.
Bila bizz dah bagus, masa tu lah customer not always right.
Makcik tu sanggup membazirkan roti extra tu, bukan nya saya mintak kurangkan harga pun.
Takpe lah makcik, esok-esok saya datang lagi, iboh jerak.
No comments:
Post a Comment