February 2, 2014

Dahulu dan sekarang

Ini bukan post politikus ya.

Lately selalu dengar orang merungut pasal kenaikan harga barang sehingga membebankan rakyat.

Tapi tak kurang juga yang tersangat positive-thinking dengan mengeluarkan statement seperti:
  1. kalo takda duit kenapa KFC/McD asyik penuh?
  2. kenapa orang masih berpusu-pusu ke shopping complex?
  3. dulu orang naik bus, sekarang semua rumah pasti ada kereta.
  4. ramai yang mampu beli rumah sendiri, kalo takda duit kenapa tak menyewa je?
  5. dulu nak minta duit 20sen pun payah, budak-budak sekarang duit 20sen pun tak tengok.

Pada pendapat saya...
  1. makan di KFC/McD bukanlah sesuatu yang dikira kemewahan sekarang.  Saya rasa ramai yang pergi ke KFC/McD ni ialah golongan income below average.  Kalo income bagus pasti akan memilih restaurant yang tak-layan-diri or kedai organic gitu.  Disebabkan masa bekerja yang panjang, tak dapat nak masak di rumah maka KFC/McD lah yang selalu dituju.
  2. orang ramai berpusu-pusu ke shopping complex terutamanya pada hujung minggu bukan la bermaksud mereka ni kaya.  Ada kemungkinannya mereka ni nak jimat lektrik di rumah, so pergi je la shopping complex untuk sejukkan badan.  Brapa ramai yang betul-betul mampu nak shopping setiap minggu, kebanyakkan setakat window shopping, cuci-cuci mata je.
  3. tentang pengangkutan awam pula, tak payah nak tengok jauh,  contoh di hometown saya je, dulu boleh ada dalam 10 buah bus yang standby di bus station, sekarang nak tengok sebuah bus pun payah.  So jangan ingat orang ada kereta tu kaya, tapi terpaksa, dahlah semua tu beli dengan berhutang.  Yang dulu naik bus ada tak hutang tambang bus?!  So kamu rasa orang sekarang ke dulu yang lebih senang/kaya?!  Tengok negara maju yang sistematik macam Singapore,  pengangkutan awam sangat canggih,  tak ramai diorang yang ada kereta sendiri, adakah bermaksud mereka ni miskin?!
  4. mampu beli rumah?  Rumah sekarang bayar downpayment jer dulu, yang lain tu semua hutang. Lagipun sewa rumah lagi lebih mahal banding ngan beli, kan?!
  5. kenapa la nak banding duit 20sen dulu dengan duit 20sen sekarang.  Nilai mata wang sudah jauh berbeza.  Dulu 20sen dapat beli macam-macam tau..

Saya tak menyalahi atau memihak kepada mana-mana pihak.  Apa yang saya impikan bukan la sebuah negara yang kaya,  kaya tak semesti bahagia.

Memadailah sekiranya negara kita dapat masuk list Happiest Country:

World's happiest OECD countries (2013):
1. Australia
2. Sweden
3. Canada
4. Norway
5. Switzerland
6. United States
7. Denmark
8. Netherlands
9. Iceland
10. UK
11. New Zealand
12. Finland
13. Austria
14. Luxembourg
15. Ireland
16. Belgium
17. Germany
18. France
19. Slovenia
20. Spain
21. Japan
22. Czech Republic
23. Italy
24. Israel
25. Poland
26. Slovak Republic
27. Korea
28. Portugal
29. Hungary
30. Greece
31. Estonia
32 Russia
33. Brazil
34. Chile
35. Mexico
36. Turkey
source:  Paris-based Organization for Economic Cooperation and Development (OECD)

Ada tak jumpa Malaysia dalam list tu? huhuhu

No comments: