Aku sebiji bola yang dibuat dari Amerika Syarikat. Aku berwarna putih dan bertompok hitam. Aku diletak di dalam kotak dengan kawan-kawan aku. Selepas beberapa hari kami dimasukkan ke dalam lori dan diletak di kedai yang bernama "Kedai Bola Sepak".
Beberapa bulan kemudian aku dibeli oleh seorang budak bernama Alex. Dia terus membawa aku ke padang. Di sana aku di sepak ke kanan dan ke kiri. Selepas itu aku dibocorkan oleh kawan Alex dan aku merasa sakit. Alex membawa aku ke rumahnya dan cuba membaiki aku tetapi tidak berjaya. Aku dihantar ke kedai lagi untuk dibaiki. 7 hari berlalu, aku telah dibaiki dan aku kini berwarna lain. Kini aku berwarna biru dan merah dengan kulit yang lebih kuat. Sekarang aku disayangi oleh Alex. Tak lama lagi aku akan di bawa ke stadium dan akan disepak ke kanan dan ke kiri. Aku sudah tidak bocor lagi.
Written by: Eugene
Edited by: Mummy
Markah daripada cikgu BM: 17/25
2 comments:
Nostalgia betul. I remember having to write this for school too. I chose to be a pencil.
LOL. Good one Eugene! Endingnya best!
Post a Comment