June 27, 2016

From KIX to Kyoto

Muka mengantuk waiting for our midnight flight.  Thank God all 4 flights kami pergi dan balik semua on schedule, takde delay.  Thanks AirAsia.

Touch down at KIX dalam pukul 8am.
Perkara pertama selepas selesai immigration check point - Information counter at KIX.
 Pastu, gi tengok2 simcard, semua kat vending machine, tak sure nak beli yang mana satu, last2 memang whole journey kami kat Japan langsung takda beli simcard, semua depends on free wifi je, jimat gitu ;)

OK, singgah kat Family Mart beli air & snack dulu.

Ini Smoking Room, banyak juga jumpa smoking room ni kat area Kyoto, bagus sangat, biar diorang berasap dalam tu, takde la asap terbang ke sana-sini.


Jum beli train passes.  Seorang je yang perlu beratur, passport semua kene tunjuk kat counter.
Ini la tempat beli Haruka Express + Icoca card. harga dalam 3,600yen per person.

Jum masuk train terminal, ini kat depan tempat beli tu card tadi je, semua dekat-dekat, takde yang jauh kene jalan beribu batu macam kat KLIA2..haiss.
Ok, kita tunggu Haruka Express, train dah sampai jangan terus masuk tau, pekerja akan membersihkan tempat duduk dulu, pastu tempat duduk tu akan pusing (auto la) tukar arah.  Pernah tak tengok documentary pasal bende ni? Saya pernah, impress tau!
 Tunggu train kene beratur, kat mana2 train station memang kena beratur. Naik escalator pun beratur gak.
 Haruka Express ni akan berhenti kat station Tennoji & Shin-Osaka; for info Shin-Osaka tak sama dengan Osaka Station.
Dalam 1 jam 30 minutes anda akan sampai ke Kyoto Station.

It was raining on the day we arrived in Japan.

Here's the video of our journey from KIX Osaka to Kyoto via Haruka Express

1 comment:

Rose world said...

Everything so neat and in order. One thing I like about Japan.