May 28, 2015

Eugene's Mid Year Test BM Paper

Kisah sedih ujian pertengahan tahun Darjah 3 Eugene kali ini.

Kertas soalan BM pemahaman dia salah turutan, menyebabkan jawapan yang dihitamkan dalam kertas jawapan pun dah tak betul.

Dalam kertas soalan pun ada dia isi jawapan, cikgu ada semak dan cuma 4 yang salah.

Dalam kertas soalan, yang mengikut turutan salah tadi, cuma 5 yang tembak betul.

Sambil menangis dia cakap...
  • Cikgu tak nak tukar markah saya
  • Saya ingat soalan mula dari no. 18 sebab itu ialah mukasurat pertama pada kertas saya
  • Saya tak tau kertas orang macam mana, so, saya tak tau yang kertas saya salah
  • Saya tak berani nak tanya/cakap, sebab cikgu cakap tak boleh buat bising
  • Saya Nak Tukar Sekolah!
huhuhu.... hati ibu mana yang tak sedih..
Sepatutnya dapat A, dah jadi F.

2 comments:

Sharon D said...

Oh my..this is sad indeed. Big hugs to both of you.

Ez Vina said...

Thanks, Sharon 😘