September 15, 2010

Eugene ke sekolah tadika

Isnin depan dah genap sebulan Eugene masuk sekolah kindergarten. Dari hari pertama kami memang tinggalkan dia terus masa kelas, tak nak tunggu kat kawasan sekolah pun. Kami cuma pesan kat cikgu kalau dia nangis terus call kami. Setakat ini semuanya berjalan dengan lancar, cuma dia suka melengah-lengahkan masa sebelum turun sekolah, nak main game la, nak tengok TV la, nak makan la, nak minum la, ada-ada saja alasan. Tapi kalau dah masuk dalam kereta pandai pulak dia cakap.. 'Mummy, laju bah, nanti cikgu tanya kenapa Eugene lambat' or 'Mummy, laju bah, nanti gate sekolah tutup' 
ha..tau pun takut. Topi Merdeka yang Eugene buat dan pakai di sekolah sempena Hari Merdeka. 
Selamat Hari Malaysia to all!

2 comments:

Unknown said...

Disini bermulanya satu memori yang indah, Eugene ke kindi, biarlah enjoy himself there, and let him share with you a lot of happenings from the school,,

hey take care now and god bless

Anonymous said...

ha...ah...bijak2 coz mummy/daddy nya. btw slamat hari malaysia...