July 28, 2009

Bangunan baru DUN Sarawak lakar sejarah

KUCHING: Perasmian bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Petra Jaya di sini hari ini, mencatat satu lagi sejarah bagi dewan undangan negeri tertua di Malaysia itu.

Sejarah DUN Sarawak, yang dikenali sebagai Majlis Umum hingga 1903, bermula di Bintulu apabila mesyuarat sulungnya berlangsung pada 8 Sept, 1867 di sebuah bangunan kayu yang sudah usang.

Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar berkata Bintulu merupakan wilayah terakhir yang diambil oleh kesultanan Brunei, manakala daerah Kuching yang ada sekarang, dikenali sebagai Sarawak ketika itu.

Sejak itu, venue persidangan DUN Sarawak berubah tempat sebanyak tujuh kali, termasuk ke bangunan baru-nya sekarang, yang tersergam megah di sebuah bukit di tebing Sungai Sarawak.

source TheBorneoPost

The lobby areaOn one of the ceiling

4 comments:

Rudy Iskandar said...

nang kacak, pi sayang, sik semua orang dapat masuk kedalam nanga..such a waste for 300million..

Ezvina said...

auk, nang kawasan larangan, dgr kata, pintu pagar pun sik boleh lepas.

Nimi Momo said...

ermm.. such a waste.. dahla duit rakyat..

Nimi Momo said...

eh sorry.. dah polah similar comment. ada org mengamuk kelak.